KEAHLIAN BAITUL UMMAH FOUNDATION


PENDAHULUAN
Baitul Ummah Foundation adalah merupakan sebuah organisasi  yang giat menganjurkan program di beberapa rumah anak yatim bukan kerajaan dimana mempunyai visi untuk membantu mengambil anak-anak yatim yang didera dan kanak-kanak terbiar melalui jalan pemulihan, reformasi dan integrasi semula.
Kini Baitul Ummah Foundation sedang memperkenalkan satu kad keahlian yang dikeluarkan dengan  kerjasama syarikat Motio Fixso dengan tujuan untuk memberi pelbagai kemudahan kepada setiap ahli.
Kad keahlian merupakan identiti ahli dan juga persatuan. Selain itu, ia juga merupakan identiti bagi sesebuah organisasi.
Kad keahlian adalah kad pintar pelbagai guna dan memberikan kelebihan kepada ahli serta organisasi yang terbabit

KAD KEAHLIAN
Untuk menjadi ahli, pada tahun pertama akan dikenakan yuran sebanyak RM 50 yang mana RM38 daripada yuran tersebut merupakan yuran pendaftaran seumur hidup dan RM12 adalah yuran tahunan

KEUNIKAN KAD KEAHLIAN
Baitul Ummah Foundation kini telah mencecah seramai 300 orang ahli dan menjangkakanahli seramai satu juta ahli pada tahun pertama.
 Kami
berpendapat akan mendapat keahlian bagi setengah tahun pertama mencapai satu juta keahlian. Kami turut menjangkakan untuk mencapai keahlian sebanyak: 
           
   a) 1 juta keahlian pada 6 Disember 2013
   b)  1 juta keahlian pada 6 Jun 2014
   c) 1 juta keahlian pada 6 Disember 2014

Kad Keahlian merupakan kad pintar dan boleh dinaik taraf pada bila-bila masa diperlukan berdasarkan kepada keperluan organisasi. Selain itu kad keahlian ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dimana ianya tidak ditawarkan di organisasi yang lain.


OBJEKTIF
1.    Untuk mencapai keahlian sebanyak tiga  juta dalam masa dua tahun.
2.    Kutipan dana digunakan untuk membina bangunan Maahad Tahfiz dan  memperbaiki  surau atau masjid.
3.    
Memberi kemudahan kepada ahli-ahli.  



KELEBIHAN
 Individu yang memiliki kad ini, akan memperolehi kelebihan-kelebihan mengikut  yang telah ditawarkan dari Kad Keahlian dan Baitul Ummah Foundation dari masa kesemasa. Perkhidmatan berikut telah ditawarkan :
1) Dapat mengenali ahli-ahli yang lain dengan lebih dekat melalui perjumpaan yang diadakan
2)  Berpeluang mergerjakan ibadah Korban atau Akiqah secara beramai-ramai pada harga yang berpatutan melalui Ezkorba.
3) Peluang menjaga anak-anak yatim jagaan Baitul Ummah Foundation. 
4) Mengikuti kursus-kursus secara percuma seperti kursus penyembelihan, kursus jenazah, kursus haji dan sebagainya
5) Penyediaan khidmat nasihat secara percuma
6) Menyediakan kemudahan hospital atau klinik untuk kegunaan ahli secara Islam. 
7)  Pengenalan kepada asas bacaan Al-Quran secara percuma di Institut/ Maahad Tahfiz
8) Peluang untuk mengerjakan Umrah dengan tajaan Baitul Ummah Foundation. 
9) Peruntukan hairat kematian sebanyak RM1000 untuk setiap ahli dan kenduri tahlil
10) Memberi insentif kepada anak-anak ahli yang berjaya dalam pelajaran.
11)  Memberi peluang kepada ahliahli membawa anakanak jagaan Baitul Ummah Foundation pergi bercuti.

No comments:

Post a Comment