Baitul Ummah
Foundation
(
BUF ) di tubuhkan pada tahun
2013 dan di asaskan oleh Datuk Norhisham Nasir dan juga Datuk Azrulnizam Amir
dengan visi yang
luas dan jelas iaitu membantu memperbaiki kehidupan anak-anak yatim pada masa ini dan untuk generasi masa hadapan. Malahan kami
membawa sebuah perubahan era baru dalam membentuk dan menguruskan anak-anak yatim ,
fakir miskin dan juga muallaf. Dengan cara ini BUF dapat berkongsi misi dan visi untuk merealisasikan usaha amal untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat dengan lebih teratur.
Justeru itu, BUF
perlu bekerjasama dengan organisasi-organisasi yang
lain seperti NGO,
agensi kerajaan serta sektor swasta. Sehubungan dengan itu, kepakaran yang
yang mereka ada akan membuatkan jangkauan usaha dalam memperbaiki nasib mereka sama dan selaras dengan nilan dan kebudayaan
Malaysia
OBJEKTIF & MATLAMAT
Dalam membangunkan
modal insan yang
hebat untuk mencegah dan bertindak terhadap penderaan kanak-kanak, ekspotasi keganasan dan
lain-lain.
Objektif kami
(BUF) adalah :-
1. Melaksanakan dasar-dasar dengan cara memelihara kanak-kanak melalui
program yang disediakan
●
2. Aktiviti perlindungan kanak-kanak secara integrasi dan perseorangan
●
3. Memperkukuhkan hubungan antara perlindungan kanak-kanak secara
formal dan tidak
formal.
VISI & MISI
Baitul Ummah
Foundation merupakan sebuah organisasi yang
menyediakan rumah anak yatim bukan kerajaan.
Kami mempunyai visi yang
besar dalam membantu dengan cara mengambil anak yatim yang
di dera dan kanak-kanak terbiar di jalanan melalui
proses pemulihan, reformasi dan intergriti semula. Memberikan mereka peluang yang
lebih baik dalam kehidupan pada masa akan datang agar
dia menjadi kanak-kanak yang
hebat dan cemerlang di mata masyarakat.
Walau bagaimanapun, BUF
memerlukan dana yang
besar untuk pembentukan semula dan pengubahsuaian bangunan serta keperluan asas yang
menelan belanja yang
tinggi bagi menampung kos keperluan umah anak yatim tersebut.
No comments:
Post a Comment