Hiburan di dalam bahasa arab ialah AL LAHW iaitu suatu perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang mengganggu tidur. malah ianya juga di kaitkan dengan permainan, jenaka, sembang malam, nyanyian dan sebagainya.
Bagamanakah caranya hiburan yang di benarkan dalam syariat Islam?
Saidina Ali b Abi Talib r.a pernah berkata : "Sesungguhnya hati akan bosan seperti badan. Oleh itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati. Istirehatkanlah hatimu sekadarnya kerana hati itu apabila tidak suka, bisa buta"
Akan ada yang bertanya, salahkah kita berhibur? Malahan ada juga yang pernah mengungkapkan bahawa "salahkah kami ke disko, konsert atau di tempat lain? kami nak release tension! kami tak mengacau orang lain, gila-gila trend kami. ini lah cara kami berhibur. Melepaskan stress. Ini adalah sebagai salah satu daripada contoh hiburan kerana terdapat pelbagai lagi aspek yang di katakan hiburan.
Kami terangkan beberapa jenis hiburan.
Hiburan dan Hukumnya
1- Hiburan yang tidak memberi apa-apa kesan
buruk atau baik.
Hukumnya makruh contohnya berada di majlis yang penuh dengan
gurauan dan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah dan membuang masa.
2- Hiburan yang mendatangkan kesan negative (
buruk ).
Hukumnya haram jika mendatangkan kesan
yang buruk kepada individu dan masyarakat seperti hiburan yang mengabaikan
solat lima waktu, bekerja dan sebagainya.
3- Hiburan yang mendatangkan kesan yang
positif ( baik ).
Hukumnya harus dan dibenarkan dalam
islam. Mendatangkan kebaikan kepada individu dan masyrakat seperti permainan
yang berfaedah, memanah dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan hukum
syarak. Hiburan yang diterima baik dan rasional pada manusia.
No comments:
Post a Comment