Sunday, 3 November 2013

Hijrah dan Sejarahnya

Maal bermaksud "bersama". Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah". HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Selamat Tahun Baru.
Hijrah ke Habsyah Dua belas lelaki dan perempuan dua belas sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, al-Habasha, dari mana "Abyssinia" berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah berhenti.Jaafar bin Abi Talib r.a. Beliau merupakan sepupu Nabi s.a.w dan juga saudara susuannya.Susuk tubuh beliau dan akhlak peribadinya persis Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diakui oleh Baginda sendiri. Beliau juga seorang yang amat pemurah sebagai akuan daripada Abu Hurairah r.a.Memimpin golongan Islam yang pertama yang berhijrah ke Habsyah (Sudan) akibat penindasan yang melampau yang dilakukan oleh algojo Mekah. Beliau menjadi juru cakap Islam di sana. Apa yang menarik ialah beliau telah berjaya berdakwah kepada Raja Najashi yang menyaksikan dia memeluk Islam. Hijrah ke Madinah biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari. Hari Tarikh Nota Hari 1 Khamis 26 Safar SH 1 (9 September 622) Meninggalkan rumah di Makkah. Tinggal tiga hari di Gua Thur berdekatan kota suci Makkah. Hari 5 Isnin 1 Rabiulawal SH 1 (13 September 622) Meninggalkan wilayah Makkah. Perjalanan ke daerah Yathrib. Hari 12 Isnin 8 Rabiulawal SH 1 (20 September 622) Tiba di Masjid Quba dekat Madinah. Hari 16 Jumaat 12 Rabiulawal SH 1 (24 September 622) Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat. Hari 26 Isnin 22 Rabiulawal SH 1 (4 Oktober 622) Pindah dari Masjid Quba ke Madinah. Takwim Hijrah Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

SEJARAH HIJRAH RASULULLAH
 Maal hijrah menyingkap sejarah Kisah perpindahan nabi Muhammad Dari Kota Mekah menuju ke Kota Madinah Utk mnyelamatkn Islam dari ditindas Di tengah malam Rasul berjalan Bersama Abu Bakar menjadi teman Di dlm gua Thur mereka bersembunyi Musuh mencarinya tiada berjumpa Tiba di Madinah di sambut dgn meriah Seluruh mukmin bersyukur dan gembira Selamatlah Islam dari kekejaman Terus bergerak membina sebuah empayar Hijrah Rasul suatu hikmah Dunia yg gelap bertukar cerah segala kekejaman kini lenyap la sudah Tanda agama Islam beroleh kemenangan.. (betul ke lirik ni? hm.. ??) HIJRAH??? Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda: المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ Yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad) Dalam makna lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain seperti mana firman Allah: فَآمَنَ لَهُ لُوطٌ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ Yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ankabut, ayat 26). Di samping Nabi Ibrahim, Nabi Musa juga diarahkan berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ke tempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Selain Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar. Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa ini berlaku pada 632 Masihi disebabkan beberapa faktor antaranya ancaman daripada kaum Quraisy terhadap umat Islam. Malah, beberapa bulan sebelum hijrah, Rasulullah turut dihina penduduk Thaif yang angkuh dengan dakwah baginda. Justeru, bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah mengarahkan pengikut baginda keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali Yathrib). Suatu hari pada 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah diberitahu bahawa kaum kafir Quraisy Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Lalu Allah menurunkan wahyu memerintahkan baginda meninggalkan Madinah waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat, Abu Bakar as-Siddiq dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan berkenaan. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib supaya menggantikan tempat tidur baginda. Pada malam itu, sekumpulan Quraisy mengepung rumah Rasulullah dengan niat mahu membunuh baginda. Selepas mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang lelaki sedang tidur di atas katil Rasulullah. Lalu, mereka begitu yakin bahawa Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan hampir pasti dapat membunuh baginda. Bagaimanapun, apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali yang tidur di tempat berkenaan.Akibatnya, kaum Quraisy terpinga-pinga memikirkan bilakah Rasulullah keluar dari rumah berkenaan. Bagaimanapun, kaum Quraisy tetap mahu membunuh baginda dan mereka bersepakat mencari segenap pelusuk bagi menyempurnakan niat jahat itu. Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari Makkah pada malam itu dan tidak ada sesiapa yang mengetahui arah tujuan mereka serta tempat persembunyian baginda kecuali Aishah dan Asma’ serta orang gaji mereka, Abdullah. Ketika hendak meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, baginda s.a.w. pernah berkata: “Demi Allah wahai Makkah! Sesungguhnya engkau adalah tanah yang paling kucintai di bumi Allah ini sekiranya pendudukmu tidak mengusirku keluar.” Selepas itu, baginda dan Abu Bakar bertolak ke Gua Thur, tidak jauh dari bandar Makkah. Ada riwayat menyatakan baginda ke sana pada 27 Safar. Setiba di Gua Thur, Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi di situ selama tiga hari. Dalam saat getir itu, kaum Quraish masih mahu membunuh baginda. Mereka menghampiri gua berkenaan tetapi gagal menemui Rasulullah di situ. Mereka berpendapat, gua itu tidak berpenghuni selepas melihat sarang labah-labah yang masih elok menutupi kawasan berkenaan. Selepas kaum Quraisy beredar, Rasulullah dan Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan menaiki unta yang dibawa orang gaji mereka, Abdullah. Kaum Quraisy di Makkah kian marah dengan kehilangan Rasulullah. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap baginda. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah, Rasulullah dan sahabat tiba di perkampungan kaum Bani Sabin. Penduduk di situ menyambut rombongan baginda dengan gembira. Selepas sekian lama, Rasulullah dan sahabatnya akhir merasakan bakal menemui kejayaan. Ketika Rasulullah dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan baginda. Malah, penduduk Madinah yang baru memeluk Islam gembira untuk menemui Rasulullah. Maka, pada Jumaat, Rasulullah akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Ada riwayat menyatakan baginda sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awal. Ketika itu, kaum Muslim keluar menyambut baginda. Rasulullah menunaikan solat di masjid di Lembah Ranuqna, tempat umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu. Sebaik sampai ke Madinah, Rasulullah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dengan golongan Ansar berdasarkan firman Allah: إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ Yang bermaksud: “Hanya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Surah al-Hujurat, ayat 10) Juga berdasarkan sabda Rasulullah: المُسْلَمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَثْلِمُهُ، مَنْ كاَنَ فيِ حاَجَةِ أَخِيْهِ كاَنَ اللهُ فيِ حاَجَتِهِ Yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim lain; dia tidak menzaliminya dan tidak boleh mengaibkannya. Dan sesiapa menunaikan hajat saudaranya, Allah tetap akan menunaikan hajatnya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Baginda juga membina Masjid Nabawi. Tempat itu asalnya adalah sebuah dusun kurma kepunyaan Bani Najjar yang diwakafkan untuk tujuan berkenaan. Rasulullah menyegerakan pembinaan masjid di Madinah adalah untuk dijadikan pangkalan bagi sebuah negara baru yang ditegakkan baginda. Di sinilah segala kegiatan masyarakat dijalankan. Sesungguhnya, hijrah Rasulullah bersama sahabat baginda bukan bertujuan melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa, tetapi kerana suatu tujuan yang lebih besar yakni meneruskan perjuangan ke arah mendaulatkan agama Islam. doa akhir tahun:- "Bismillahhirrahmanirrahim..Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bg Allah seru sekalian alam,selawat dan salam kpd junjungan Rasul dan kpd keluarganya dan sahabat sekaliannya.. Ya Allah!Apa yg telah kami lakukan spanjang tahun ini dr apa yg Engkau larang kami drpdnya,maka tdk sempat kami btaubat drNya dan Engkau tdk meridhainya dan tdk Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kpd kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami, malah Engkau mberi peluang supaya kami btaubat stelah kami melakukan maksiat kpd Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau,maka ampunilah kami dan apa yg kami lakukan pdnya dr apa yg Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yg Mulia yg mempunyai kebesaran dan kemuliaan smg Engkau menerima kami dan jgnlah Engkau memutuskan harapan kami dr kurnia Engkau Wahai Tuhan Yang Mulia...walhamdulillahirabbil alamin..." doa awal tahun:- "Bismillahirrahmanirrahim..Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu yang Besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Ya Allah Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Ya Allah Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.Ameen Ya Mujib..Ya Rozaq..Ya Muhaimin.." amin.. amin.. amin.. allahumma amin.. ya rabbal alamin..

No comments:

Post a Comment