BANTUAN BAGI ANAK-ANAK YANG KEHAUSAN PENDIDIKAN
* Pernahkah anda terfikir betapa besarnya harapan anak-anak ini agar dia dapat melalui proses pembelajaran sempurna?
Sejak kecil lagi kita telah dididik dengan ayat harapan ini sama ada anda sedar ataupun tidak. Ketika anda dalam proses pembesaran, ibu dan ayah anda sering berdoa mengharapkan sesuatu yang terbaik akan terjadi dalam hidup anaknya kelak. Kadang kala jika anda ditimpa kesusahan, selepas doa dan usaha, harapan merupakan jalan terbaik di dalam hidup anda.
Bagi sesetengah keluarga yang berkemampuan, keadaan ini mungkin hanyalah masalah kecil, mereka mempunyai hampir segalanya dan mampu untuk mengatasinya kerana mempunyai kewangan yang kukuh. Akan tetapi, bagi mereka yang kurang berkemampuan, mereka masih berharap untuk yang terbaik untuk keluarganya, ia merupakan persimpangan dalam kehidupan yang tiada pilihan kecuali harapan.
Untuk seorang ayah, satu-satunya harapan adalah untuk diberkati dengan kesihatan yang baik. Dengan ini, dia boleh terus dapat menyara keluarganya. Dapat memberikan kemudahan yang terbaik kepada anak-anaknya. Kepada pengemis di jalanan, harapan beliau hanya untuk mendapatkan sekurang-kurangnya makan sehari. Untuk mereka yang mempunyai penyakit kritikal, satu-satunya harapan adalah untuk mendapat kembali kesihatannya. Untuk seseorang yang telah kehilangan wang simpanannya akibat dari keputusan salah dalam pelaburan, untuk seseorang peniaga yang semakin hari semakin meningkat hutangnya, untuk seseorang yang hilang pekerjaannya, mereka berpegang kepada kekuatan berharap. Satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan pada situasi sebegini adalah untuk ber-Harap serta berdoa untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari mana-mana situasi yang dinyatakan.
Pernahkah anda terfikir bagaimana pula harapan seorang anak yang mahu merubah akan tetapi tidak mampu dalam segalanya? Ekonomi masa ini memang amat menyempitkan, banyak perkara yang terpaksa di tanggung dan menanggung. Adakalanya sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk berfikir secara rasional, inilah yang terjadi pada dunia masa ini. Adakalanya sehingga yuran persekolahan pun terpaksa berhutang. Inilah realitinya pada masa ini. Inilah yang adakalanya kita terlepas pandang.
Anda sedia maklum, anda sendiri pun berada dalam kekalutan ini. Anda sendiri juga menghadapi masalah yang sama. EKONOMI. Akan tetapi anda masih mampu untuk menampung segala kekalutan ini. Anda masih mampu berjuang untuk menutup segala kebocoran yang ada. Tapi, SANGGUPKAH anda MERUNTUHKAN HARAPAN yang PENUH MENGHARAP dari mereka yang amat memerlukan? Anak-anak yang bakal menjadi pemimpin Negara. Anak-anak ini yang kelaparan dari segi pendidikan agar mereka mampu membuka ruangan yang HARAPAN yang indah untuk keluarga mereka di masa hadapan? Adakah anda tahu betapa AJAIBNYA SEDEKAH?
Baitul Ummah Foundation merupakan sebuah Yayasan yang
menjaga Rumah Anak Yatim, Fakir Miskin dan Muallaf yang berdaftar di bawah Akta
Pemegang Amanah ( Pemerbananan ) 1952 : No
sijil : PPAB -42/2013 pada 24 April 2013. Mempunyai seramai 80 orang
yang
berada di bawah jagaan sama ada sepenuhnya mahupun berdaftar di bawah
Baitul
Ummah yang terdiri dari sekolah rendah sehingga ke Politeknik memerlukan
sumbangan daripada anda. Sumbangan ini adalah terdiri daripada Pakaian,
Peralatan Sekolah sehingga ke Yuran Sekolah. Manakala bagi anak-anak
yang
berada di Politeknik. Kami memerlukan dua(2) unit laptop serta wang sara
diri. Detail mengenai bantuan yang di perlukan adalah seperti mana
lampiran kami. Makluman
lanjut boleh menghubungi pejabat : 03-4032 1000 atau 013-6346355 (Ayub)
Sumbangan anda boleh di salurkan melalui :
ASRAMA BAITUL UMMAH – 12225010007772 ( BANK
ISLAM BERHAD )
MAAHAD TAHFIZ BAITUL UMMAH – 12225010007783
( BANK ISLAM BERHAD )
Bantu kami agar kami tidak MENGHAMPAKAN HARAPAN anak-anak
ini…. "HARAPAN YANG MENGHARAP"
Si Miskin perlukan Si Kaya untuk Dunianya,
Si Kaya Perlukan Si Miskin untuk Akhiratnya,
No comments:
Post a Comment