Wednesday, 13 November 2013

IKHLAS KAH ENGKAU??????


" Aku buat ini iklas, kawan-kawan ni punya pasal"
" Bukan selalu tolong awak, saya ikhlas tolong awak"
" Awak, saya ikhlas sayang awak"
" kesian saya tengok awak, meh saya tolong awak"  " eh tak pe, tak pe apa yang saya buat ni ikhlas"
" Abang, saya bukan apa bang, dari awal saya masuk syarikat ni, Macam-macam saya dah buat. Dari A sampai ke Z saya buat tapi, ini yang saya dapat"  ..... " Abang saya ikhlas bang, kalau tak ikhlas takkalah saya masuk kat sini"
" Inilah seikhlas yang dapat saya beri"


            Inilah di antara kata-kata yang selalu di perkatakan bagi memperkatakan betapa ikhlasnya seseorang itu. Betapa ikhlasnya diri ini. Menghususkan bahawa dirinya adalah yang terbaik dalam terbaik dalam melaksanakan / membantu / ataupun apa sahaja  .Maaf apa yang NASA ingin perkatakan
 "INI SEMUA POYO"



     Beberapa hadith mengenai keikhlasan.

باب الإخلاص وإحضارالنية

فى جميع الأعمال والاقوال البارزة والخفية

Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar.

Allah Ta'ala berfirman:

‏ وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، وذلك دين القيمة

"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah: 5)

Allah Ta'ala berfirman pula:

لن ينال الله لحومها ولا دماؤها ولكن يناله التقوى منكم

"Sama sekali tidak akan sampai kepada Allah daging-daging dan darah-darah binatang korban itu, tetapi akan sampailah padaNya ketaqwaan dan engkau sekalian."  (al-Hajj: 37)

Allah Ta'ala berfirman pula:

‏قل إن تخفوا ما في صدوركم أو تبدوه يعلمه الله

"Katakanlah - wahai Muhammad, sekalipun engkau  semua sembunyikan apa-apa yang ada di dalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah." (ali-lmran: 29)

Hadis Tentang Ikhlas, Nabi Muhammad bersabda :
  وعن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح بن قرط بن رزاح بن عدى بن لؤى ابن غالب القرشى العدوى‏.‏ رضي الله عنه، قال‏:‏ سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول‏:‏ ‏"‏ إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها، أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق على صحته‏.‏ رواه إماما المحدثين‏:‏ أبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيرى النيسابورى رضي الله عنهما في صحيحهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة‏)‏‏)‏‏.‏ 

Artinya : Dari Amirul mu'minin Abu Hafs iaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-'Adawi r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."
(Muttafaq (disepakati) atas keshahihannya Hadis ini)
Diriwayatkan oleh dua orang imam ahli Hadis iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Almughirah bin Bardizbah Alju'fi Albukhari, - lazim disingkat dengan Bukhari saja -dan Abulhusain Muslim bin Alhajjaj bin Muslim Alqusyairi Annaisaburi, - lazim disingkat dengan Muslim saja - radhiallahu 'anhuma dalam kedua kitab masing-masing yang keduanya itu adalah seshahih-shahihnya kitab Hadis yang dikarangkan.


      Sambung entry balik, kenapa NASA perkatakan apa yang NASA katakan di awalnya adalah POYO? Baik, NASA bagi satu situasi yang biasa terjadi:

Situasi: Seorang kawan menghadapi masalah kewangan, akibat kasihan kepada rakannya, sahabatnya memberikan sedikit kewangan kepada kawannya bagi menunjukkan nilai keikhlasan sebuah persahabatan ini dengan kata-kata " Aku ikhlas tolong kau" setelah seberapa lama dan rakannya mula keluar dari masalah kewangan, sahabatnya itu pula mengalami masalah dan mengharapkan balasan dan ehsan daripada rakannya. Akan tetapi, rakannya itu tidak mampu untuk membantunya. Dengan harapannya yang punah maka terlemparlah kata-kata " Menyesal aku tolong ko dulu, aku mintak tolong sikit pun engkau tak mahu tolong. Kawan jenis apa engkau ni!"  ~INI SEMUA POYO!

Ini lah situasi yang NASA pernah hadapi dan NASA katakan NASA juga POYO suatu ketika dahulu dan mungkin masih ada sedikit-sedikit di masa ini yang NASA masih perlu ubah. Mungkin bagi mereka yang menghadapi situasi begini akan terasa sedikit tersentap kerana sahabatnya tidak mahu membantunya. Akan tetapi,tahukah anda, APAKAH ANDA BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK MEMBANTUNYA?" Tepuk dada tanya hati, tepuk kepala tanya akal tapi jangan tepuk perut nanti lapar...

NASA bukan manusia sempurna, sekolah pun tinggi juga dulu...tingkat 4.Tinggi sebab sekolah NASA dulu pernah berada di " Malaysia Book of Records" bilangan pelajar bagi satu tingkatan yang paling ramai. Kalau sudah sampai lebih 30 kelas bagi hanya satu tingkatan sahaja memang pening cikgu nak menjaganya.  Bagi NASA ikhlas bukanlah suatu benda yang objektif. Ianya adalah subjektif dan sangat subjektif. Memandangkan ianya sangat dan tersangat subjektif NASA membuat entry secara santai. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeda mengenai entry ini, jadi lebih mudah untuk menulis dan berbicara.

Jadi, bagaimana kita mahu melihat diri kita benar-benar ikhlas?

     IKHLAS adalah suatu yang objektif. Jadi NASA rasa tidak perlu untuk mendapatkan keikhlasan itu dari sudut pandangan orang sekeliling. Biarlah hanya Allah sahaja yang tahu niat, perbuatan. ucapan dari nyata mahupun tidak nyata. Bukankah itu yang kita mahukan dan lebih afdhal? Indahnya keikhlasan itu apabila ianya hadir dengan sendirinya.

Jadi, apa yang saya perlu buat?

   Mula gunapakai konsep JUJUR. Jujur itu lebih objektif kerana jika kita tidak jujur mahu membantu seseorang itu kita akan gunakan BERJUTA-JUTA LEMON PUNYA ALASAN.  Tipu kanan tipu kiri katanya.
(JANGAN FIKIR NASA MENGGALAKKAN MENIPU YE). Akan tetapi sekiranya kita benar-benar mahu membantunya, kita akan lakukan tanpa mengingati apa yang telah kita usahakan. Tidak rugi seseorang itu jujur, katakan benar dan tidak rugi jika orang itu mencuba. walaupun ianya pahit. Pahit di awalnya manis di hujungnya. Akan tetapi, kena pastikan juga kita gunakan konsep ini mengikut keadaan semasa. Jangan pula kita gunakan di tempat kerja kita. Yelah, kalau kita suka kita buat, tak suka kita buat tak tahu je... Banyak pula soalan kenapa?kenapa? dan kenapa pulak tu. Wah, macam pulak engkau yang bayar gaji.

Bagaimana mana nak bermula?

   Banyak cara yang kita mulakan agar kita mendapat sebuah keikhlasan yang sejati. Salah satu daripada caranya adalah maafkan segala perbuatan dan kesilapan orang sekeliling sebelum tidur dan doakan kejayaan mereka. Macam senang nak buat, akan tetapi Tepuk Hati Tanya Iman. pssst: bukan sehari dua buat cara ini, tetapi, setiap hari.  Anda akan merasai tenangnya apabila keikhlasan itu muncul dengan sendirinya. Nilai PHD pun berkurangan sedikit demi sedikit . Tak percaya? Cuba lah.....



NASA
14/11/2013

 
 
 


2 comments:

  1. Perkongsian yg baik...
    Biar tuhan sahaja yg tahu...
    Muhasabah diri & kaji diri...

    ReplyDelete
  2. engkau lagilah poyo. alamat surat menyurat tak pernah update.

    ReplyDelete