Sunday, 16 February 2014

Proses Kejadian Manusia menurut Islam

PERINGKAT SATU
     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

         Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
             

A- Sperma                                 B-Sperma menembusi ovum

PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
                                                                 al-Mukminun : 14
         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.

 PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14

      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

 PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
       
   Janin pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Janin mendapat makanan melalui uri

 PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t
                         
TERFIKIRKAH  AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?

Tuesday, 24 December 2013

Back To School




BANTUAN BAGI ANAK-ANAK YANG KEHAUSAN PENDIDIKAN
* Pernahkah anda terfikir kenapa HARAPAN wujud di dalam hidup seseorang itu?
 * Pernahkah anda terfikir betapa besarnya harapan anak-anak ini agar dia dapat melalui proses pembelajaran sempurna?
Sejak kecil lagi kita telah dididik dengan ayat harapan ini sama ada anda sedar ataupun tidak. Ketika anda dalam proses pembesaran, ibu dan ayah anda sering berdoa mengharapkan sesuatu yang terbaik akan terjadi dalam hidup anaknya kelak. Kadang kala jika anda ditimpa kesusahan, selepas doa dan usaha, harapan merupakan jalan terbaik di dalam hidup anda.
Bagi sesetengah keluarga yang berkemampuan, keadaan ini mungkin hanyalah masalah kecil, mereka mempunyai hampir segalanya dan mampu untuk mengatasinya kerana mempunyai kewangan yang kukuh. Akan tetapi, bagi mereka yang kurang berkemampuan,  mereka masih berharap untuk yang terbaik untuk keluarganya, ia merupakan persimpangan dalam kehidupan yang tiada pilihan kecuali harapan.
Untuk seorang ayah, satu-satunya harapan adalah untuk diberkati dengan kesihatan yang baik. Dengan ini, dia boleh terus dapat menyara keluarganya. Dapat memberikan kemudahan yang terbaik kepada anak-anaknya. Kepada pengemis di jalanan, harapan beliau hanya untuk mendapatkan sekurang-kurangnya makan sehari. Untuk mereka yang mempunyai penyakit kritikal, satu-satunya harapan adalah untuk mendapat kembali kesihatannya. Untuk seseorang yang telah kehilangan wang simpanannya akibat dari keputusan salah dalam pelaburan, untuk seseorang peniaga yang semakin hari semakin meningkat hutangnya, untuk seseorang yang hilang pekerjaannya, mereka berpegang kepada kekuatan berharap. Satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan pada situasi sebegini adalah untuk ber-Harap serta berdoa untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari mana-mana situasi yang dinyatakan.
Pernahkah anda terfikir bagaimana pula harapan seorang anak yang mahu merubah akan tetapi tidak mampu dalam segalanya? Ekonomi masa ini memang amat menyempitkan, banyak perkara yang terpaksa di tanggung dan menanggung. Adakalanya sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk berfikir secara rasional, inilah yang terjadi pada dunia masa ini. Adakalanya sehingga yuran persekolahan pun terpaksa berhutang. Inilah realitinya pada masa ini. Inilah yang adakalanya kita terlepas pandang.
Anda sedia maklum, anda sendiri pun berada dalam kekalutan ini. Anda sendiri juga menghadapi masalah yang sama. EKONOMI. Akan tetapi anda masih mampu untuk menampung segala kekalutan ini. Anda masih mampu berjuang untuk menutup segala kebocoran yang ada. Tapi, SANGGUPKAH anda MERUNTUHKAN HARAPAN yang PENUH MENGHARAP dari mereka yang amat memerlukan? Anak-anak yang bakal menjadi pemimpin Negara. Anak-anak ini yang kelaparan dari segi pendidikan agar mereka mampu membuka ruangan yang HARAPAN yang indah untuk keluarga mereka di masa hadapan? Adakah anda tahu betapa AJAIBNYA SEDEKAH?
Baitul Ummah Foundation merupakan sebuah Yayasan yang menjaga Rumah Anak Yatim, Fakir Miskin dan Muallaf yang berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah ( Pemerbananan ) 1952 : No sijil : PPAB -42/2013 pada 24 April 2013. Mempunyai seramai 80 orang yang berada di bawah jagaan sama ada sepenuhnya mahupun berdaftar di bawah Baitul Ummah yang terdiri dari sekolah rendah sehingga ke Politeknik memerlukan sumbangan daripada anda. Sumbangan ini adalah terdiri daripada Pakaian, Peralatan Sekolah sehingga ke Yuran Sekolah. Manakala bagi anak-anak yang berada di Politeknik. Kami memerlukan dua(2) unit laptop serta wang sara diri. Detail mengenai bantuan yang di perlukan adalah seperti mana lampiran kami. Makluman lanjut boleh menghubungi  pejabat : 03-4032 1000 atau 013-6346355 (Ayub)
Sumbangan anda boleh di salurkan melalui :
ASRAMA BAITUL UMMAH – 12225010007772 ( BANK ISLAM BERHAD )
MAAHAD TAHFIZ BAITUL UMMAH – 12225010007783 ( BANK ISLAM BERHAD )

Bantu kami agar kami tidak MENGHAMPAKAN HARAPAN anak-anak ini…. "HARAPAN YANG MENGHARAP"

Si Miskin perlukan Si Kaya untuk Dunianya,

Si Kaya Perlukan Si Miskin untuk Akhiratnya,



Wednesday, 13 November 2013

IKHLAS KAH ENGKAU??????


" Aku buat ini iklas, kawan-kawan ni punya pasal"
" Bukan selalu tolong awak, saya ikhlas tolong awak"
" Awak, saya ikhlas sayang awak"
" kesian saya tengok awak, meh saya tolong awak"  " eh tak pe, tak pe apa yang saya buat ni ikhlas"
" Abang, saya bukan apa bang, dari awal saya masuk syarikat ni, Macam-macam saya dah buat. Dari A sampai ke Z saya buat tapi, ini yang saya dapat"  ..... " Abang saya ikhlas bang, kalau tak ikhlas takkalah saya masuk kat sini"
" Inilah seikhlas yang dapat saya beri"


            Inilah di antara kata-kata yang selalu di perkatakan bagi memperkatakan betapa ikhlasnya seseorang itu. Betapa ikhlasnya diri ini. Menghususkan bahawa dirinya adalah yang terbaik dalam terbaik dalam melaksanakan / membantu / ataupun apa sahaja  .Maaf apa yang NASA ingin perkatakan
 "INI SEMUA POYO"



     Beberapa hadith mengenai keikhlasan.

باب الإخلاص وإحضارالنية

فى جميع الأعمال والاقوال البارزة والخفية

Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar.

Allah Ta'ala berfirman:

‏ وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، وذلك دين القيمة

"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah: 5)

Allah Ta'ala berfirman pula:

لن ينال الله لحومها ولا دماؤها ولكن يناله التقوى منكم

"Sama sekali tidak akan sampai kepada Allah daging-daging dan darah-darah binatang korban itu, tetapi akan sampailah padaNya ketaqwaan dan engkau sekalian."  (al-Hajj: 37)

Allah Ta'ala berfirman pula:

‏قل إن تخفوا ما في صدوركم أو تبدوه يعلمه الله

"Katakanlah - wahai Muhammad, sekalipun engkau  semua sembunyikan apa-apa yang ada di dalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah." (ali-lmran: 29)

Hadis Tentang Ikhlas, Nabi Muhammad bersabda :
  وعن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح بن قرط بن رزاح بن عدى بن لؤى ابن غالب القرشى العدوى‏.‏ رضي الله عنه، قال‏:‏ سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول‏:‏ ‏"‏ إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها، أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق على صحته‏.‏ رواه إماما المحدثين‏:‏ أبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيرى النيسابورى رضي الله عنهما في صحيحهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة‏)‏‏)‏‏.‏ 

Artinya : Dari Amirul mu'minin Abu Hafs iaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-'Adawi r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."
(Muttafaq (disepakati) atas keshahihannya Hadis ini)
Diriwayatkan oleh dua orang imam ahli Hadis iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Almughirah bin Bardizbah Alju'fi Albukhari, - lazim disingkat dengan Bukhari saja -dan Abulhusain Muslim bin Alhajjaj bin Muslim Alqusyairi Annaisaburi, - lazim disingkat dengan Muslim saja - radhiallahu 'anhuma dalam kedua kitab masing-masing yang keduanya itu adalah seshahih-shahihnya kitab Hadis yang dikarangkan.


      Sambung entry balik, kenapa NASA perkatakan apa yang NASA katakan di awalnya adalah POYO? Baik, NASA bagi satu situasi yang biasa terjadi:

Situasi: Seorang kawan menghadapi masalah kewangan, akibat kasihan kepada rakannya, sahabatnya memberikan sedikit kewangan kepada kawannya bagi menunjukkan nilai keikhlasan sebuah persahabatan ini dengan kata-kata " Aku ikhlas tolong kau" setelah seberapa lama dan rakannya mula keluar dari masalah kewangan, sahabatnya itu pula mengalami masalah dan mengharapkan balasan dan ehsan daripada rakannya. Akan tetapi, rakannya itu tidak mampu untuk membantunya. Dengan harapannya yang punah maka terlemparlah kata-kata " Menyesal aku tolong ko dulu, aku mintak tolong sikit pun engkau tak mahu tolong. Kawan jenis apa engkau ni!"  ~INI SEMUA POYO!

Ini lah situasi yang NASA pernah hadapi dan NASA katakan NASA juga POYO suatu ketika dahulu dan mungkin masih ada sedikit-sedikit di masa ini yang NASA masih perlu ubah. Mungkin bagi mereka yang menghadapi situasi begini akan terasa sedikit tersentap kerana sahabatnya tidak mahu membantunya. Akan tetapi,tahukah anda, APAKAH ANDA BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK MEMBANTUNYA?" Tepuk dada tanya hati, tepuk kepala tanya akal tapi jangan tepuk perut nanti lapar...

NASA bukan manusia sempurna, sekolah pun tinggi juga dulu...tingkat 4.Tinggi sebab sekolah NASA dulu pernah berada di " Malaysia Book of Records" bilangan pelajar bagi satu tingkatan yang paling ramai. Kalau sudah sampai lebih 30 kelas bagi hanya satu tingkatan sahaja memang pening cikgu nak menjaganya.  Bagi NASA ikhlas bukanlah suatu benda yang objektif. Ianya adalah subjektif dan sangat subjektif. Memandangkan ianya sangat dan tersangat subjektif NASA membuat entry secara santai. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeda mengenai entry ini, jadi lebih mudah untuk menulis dan berbicara.

Jadi, bagaimana kita mahu melihat diri kita benar-benar ikhlas?

     IKHLAS adalah suatu yang objektif. Jadi NASA rasa tidak perlu untuk mendapatkan keikhlasan itu dari sudut pandangan orang sekeliling. Biarlah hanya Allah sahaja yang tahu niat, perbuatan. ucapan dari nyata mahupun tidak nyata. Bukankah itu yang kita mahukan dan lebih afdhal? Indahnya keikhlasan itu apabila ianya hadir dengan sendirinya.

Jadi, apa yang saya perlu buat?

   Mula gunapakai konsep JUJUR. Jujur itu lebih objektif kerana jika kita tidak jujur mahu membantu seseorang itu kita akan gunakan BERJUTA-JUTA LEMON PUNYA ALASAN.  Tipu kanan tipu kiri katanya.
(JANGAN FIKIR NASA MENGGALAKKAN MENIPU YE). Akan tetapi sekiranya kita benar-benar mahu membantunya, kita akan lakukan tanpa mengingati apa yang telah kita usahakan. Tidak rugi seseorang itu jujur, katakan benar dan tidak rugi jika orang itu mencuba. walaupun ianya pahit. Pahit di awalnya manis di hujungnya. Akan tetapi, kena pastikan juga kita gunakan konsep ini mengikut keadaan semasa. Jangan pula kita gunakan di tempat kerja kita. Yelah, kalau kita suka kita buat, tak suka kita buat tak tahu je... Banyak pula soalan kenapa?kenapa? dan kenapa pulak tu. Wah, macam pulak engkau yang bayar gaji.

Bagaimana mana nak bermula?

   Banyak cara yang kita mulakan agar kita mendapat sebuah keikhlasan yang sejati. Salah satu daripada caranya adalah maafkan segala perbuatan dan kesilapan orang sekeliling sebelum tidur dan doakan kejayaan mereka. Macam senang nak buat, akan tetapi Tepuk Hati Tanya Iman. pssst: bukan sehari dua buat cara ini, tetapi, setiap hari.  Anda akan merasai tenangnya apabila keikhlasan itu muncul dengan sendirinya. Nilai PHD pun berkurangan sedikit demi sedikit . Tak percaya? Cuba lah.....



NASA
14/11/2013

 
 
 


Sunday, 3 November 2013

Hijrah dan Sejarahnya

Maal bermaksud "bersama". Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah". HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Selamat Tahun Baru.
Hijrah ke Habsyah Dua belas lelaki dan perempuan dua belas sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, al-Habasha, dari mana "Abyssinia" berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah berhenti.Jaafar bin Abi Talib r.a. Beliau merupakan sepupu Nabi s.a.w dan juga saudara susuannya.Susuk tubuh beliau dan akhlak peribadinya persis Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diakui oleh Baginda sendiri. Beliau juga seorang yang amat pemurah sebagai akuan daripada Abu Hurairah r.a.Memimpin golongan Islam yang pertama yang berhijrah ke Habsyah (Sudan) akibat penindasan yang melampau yang dilakukan oleh algojo Mekah. Beliau menjadi juru cakap Islam di sana. Apa yang menarik ialah beliau telah berjaya berdakwah kepada Raja Najashi yang menyaksikan dia memeluk Islam. Hijrah ke Madinah biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari. Hari Tarikh Nota Hari 1 Khamis 26 Safar SH 1 (9 September 622) Meninggalkan rumah di Makkah. Tinggal tiga hari di Gua Thur berdekatan kota suci Makkah. Hari 5 Isnin 1 Rabiulawal SH 1 (13 September 622) Meninggalkan wilayah Makkah. Perjalanan ke daerah Yathrib. Hari 12 Isnin 8 Rabiulawal SH 1 (20 September 622) Tiba di Masjid Quba dekat Madinah. Hari 16 Jumaat 12 Rabiulawal SH 1 (24 September 622) Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat. Hari 26 Isnin 22 Rabiulawal SH 1 (4 Oktober 622) Pindah dari Masjid Quba ke Madinah. Takwim Hijrah Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

SEJARAH HIJRAH RASULULLAH
 Maal hijrah menyingkap sejarah Kisah perpindahan nabi Muhammad Dari Kota Mekah menuju ke Kota Madinah Utk mnyelamatkn Islam dari ditindas Di tengah malam Rasul berjalan Bersama Abu Bakar menjadi teman Di dlm gua Thur mereka bersembunyi Musuh mencarinya tiada berjumpa Tiba di Madinah di sambut dgn meriah Seluruh mukmin bersyukur dan gembira Selamatlah Islam dari kekejaman Terus bergerak membina sebuah empayar Hijrah Rasul suatu hikmah Dunia yg gelap bertukar cerah segala kekejaman kini lenyap la sudah Tanda agama Islam beroleh kemenangan.. (betul ke lirik ni? hm.. ??) HIJRAH??? Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda: المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ Yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad) Dalam makna lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain seperti mana firman Allah: فَآمَنَ لَهُ لُوطٌ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ Yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ankabut, ayat 26). Di samping Nabi Ibrahim, Nabi Musa juga diarahkan berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ke tempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Selain Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar. Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa ini berlaku pada 632 Masihi disebabkan beberapa faktor antaranya ancaman daripada kaum Quraisy terhadap umat Islam. Malah, beberapa bulan sebelum hijrah, Rasulullah turut dihina penduduk Thaif yang angkuh dengan dakwah baginda. Justeru, bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah mengarahkan pengikut baginda keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali Yathrib). Suatu hari pada 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah diberitahu bahawa kaum kafir Quraisy Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Lalu Allah menurunkan wahyu memerintahkan baginda meninggalkan Madinah waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat, Abu Bakar as-Siddiq dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan berkenaan. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib supaya menggantikan tempat tidur baginda. Pada malam itu, sekumpulan Quraisy mengepung rumah Rasulullah dengan niat mahu membunuh baginda. Selepas mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang lelaki sedang tidur di atas katil Rasulullah. Lalu, mereka begitu yakin bahawa Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan hampir pasti dapat membunuh baginda. Bagaimanapun, apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali yang tidur di tempat berkenaan.Akibatnya, kaum Quraisy terpinga-pinga memikirkan bilakah Rasulullah keluar dari rumah berkenaan. Bagaimanapun, kaum Quraisy tetap mahu membunuh baginda dan mereka bersepakat mencari segenap pelusuk bagi menyempurnakan niat jahat itu. Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari Makkah pada malam itu dan tidak ada sesiapa yang mengetahui arah tujuan mereka serta tempat persembunyian baginda kecuali Aishah dan Asma’ serta orang gaji mereka, Abdullah. Ketika hendak meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, baginda s.a.w. pernah berkata: “Demi Allah wahai Makkah! Sesungguhnya engkau adalah tanah yang paling kucintai di bumi Allah ini sekiranya pendudukmu tidak mengusirku keluar.” Selepas itu, baginda dan Abu Bakar bertolak ke Gua Thur, tidak jauh dari bandar Makkah. Ada riwayat menyatakan baginda ke sana pada 27 Safar. Setiba di Gua Thur, Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi di situ selama tiga hari. Dalam saat getir itu, kaum Quraish masih mahu membunuh baginda. Mereka menghampiri gua berkenaan tetapi gagal menemui Rasulullah di situ. Mereka berpendapat, gua itu tidak berpenghuni selepas melihat sarang labah-labah yang masih elok menutupi kawasan berkenaan. Selepas kaum Quraisy beredar, Rasulullah dan Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan menaiki unta yang dibawa orang gaji mereka, Abdullah. Kaum Quraisy di Makkah kian marah dengan kehilangan Rasulullah. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap baginda. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah, Rasulullah dan sahabat tiba di perkampungan kaum Bani Sabin. Penduduk di situ menyambut rombongan baginda dengan gembira. Selepas sekian lama, Rasulullah dan sahabatnya akhir merasakan bakal menemui kejayaan. Ketika Rasulullah dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan baginda. Malah, penduduk Madinah yang baru memeluk Islam gembira untuk menemui Rasulullah. Maka, pada Jumaat, Rasulullah akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Ada riwayat menyatakan baginda sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awal. Ketika itu, kaum Muslim keluar menyambut baginda. Rasulullah menunaikan solat di masjid di Lembah Ranuqna, tempat umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu. Sebaik sampai ke Madinah, Rasulullah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dengan golongan Ansar berdasarkan firman Allah: إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ Yang bermaksud: “Hanya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Surah al-Hujurat, ayat 10) Juga berdasarkan sabda Rasulullah: المُسْلَمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَثْلِمُهُ، مَنْ كاَنَ فيِ حاَجَةِ أَخِيْهِ كاَنَ اللهُ فيِ حاَجَتِهِ Yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim lain; dia tidak menzaliminya dan tidak boleh mengaibkannya. Dan sesiapa menunaikan hajat saudaranya, Allah tetap akan menunaikan hajatnya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Baginda juga membina Masjid Nabawi. Tempat itu asalnya adalah sebuah dusun kurma kepunyaan Bani Najjar yang diwakafkan untuk tujuan berkenaan. Rasulullah menyegerakan pembinaan masjid di Madinah adalah untuk dijadikan pangkalan bagi sebuah negara baru yang ditegakkan baginda. Di sinilah segala kegiatan masyarakat dijalankan. Sesungguhnya, hijrah Rasulullah bersama sahabat baginda bukan bertujuan melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa, tetapi kerana suatu tujuan yang lebih besar yakni meneruskan perjuangan ke arah mendaulatkan agama Islam. doa akhir tahun:- "Bismillahhirrahmanirrahim..Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bg Allah seru sekalian alam,selawat dan salam kpd junjungan Rasul dan kpd keluarganya dan sahabat sekaliannya.. Ya Allah!Apa yg telah kami lakukan spanjang tahun ini dr apa yg Engkau larang kami drpdnya,maka tdk sempat kami btaubat drNya dan Engkau tdk meridhainya dan tdk Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kpd kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami, malah Engkau mberi peluang supaya kami btaubat stelah kami melakukan maksiat kpd Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau,maka ampunilah kami dan apa yg kami lakukan pdnya dr apa yg Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yg Mulia yg mempunyai kebesaran dan kemuliaan smg Engkau menerima kami dan jgnlah Engkau memutuskan harapan kami dr kurnia Engkau Wahai Tuhan Yang Mulia...walhamdulillahirabbil alamin..." doa awal tahun:- "Bismillahirrahmanirrahim..Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu yang Besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Ya Allah Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Ya Allah Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.Ameen Ya Mujib..Ya Rozaq..Ya Muhaimin.." amin.. amin.. amin.. allahumma amin.. ya rabbal alamin..

Saturday, 26 October 2013

Salahkah Hiburan Dalam Islam ?

Lumrah dalam kehidupan, manusia memang memerlukan hiburan, dengan hiburan hati mereka dapat di hiburkan. Akan tetapi, sejauh manakah konsep hiburan ini dapat memberi manfaat untuk mendekatkan diri kepada Allah? Jadi sebelum kita meletakkan kata putus, marilah kita fahami dahulu erti hiburan itu sendiri.

       Hiburan di dalam bahasa arab ialah AL LAHW iaitu suatu perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang mengganggu tidur. malah ianya juga di kaitkan dengan permainan, jenaka, sembang malam, nyanyian dan sebagainya.

         Bagamanakah caranya hiburan yang di benarkan dalam syariat Islam?

Saidina Ali b Abi Talib r.a pernah berkata : "Sesungguhnya hati akan bosan seperti badan. Oleh itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati. Istirehatkanlah hatimu sekadarnya kerana hati itu apabila tidak suka, bisa buta" 


       Akan ada yang bertanya, salahkah kita berhibur?  Malahan ada juga yang pernah mengungkapkan bahawa "salahkah kami ke disko, konsert atau di tempat lain? kami nak release tension! kami tak mengacau orang lain, gila-gila trend kami. ini lah cara kami berhibur.  Melepaskan stress. Ini adalah sebagai salah satu daripada contoh hiburan kerana terdapat pelbagai lagi aspek yang di katakan hiburan.
Kami terangkan beberapa jenis hiburan.

                                   Hiburan dan Hukumnya


1-     Hiburan yang tidak memberi apa-apa kesan buruk atau baik.
Hukumnya makruh  contohnya berada di majlis yang penuh dengan gurauan dan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah dan membuang masa.

2-     Hiburan yang mendatangkan kesan negative ( buruk ).
Hukumnya haram jika mendatangkan kesan yang buruk kepada individu dan masyarakat seperti hiburan yang mengabaikan solat lima waktu, bekerja dan sebagainya.
   


3-     Hiburan yang mendatangkan kesan yang positif ( baik ).
Hukumnya harus dan dibenarkan dalam islam. Mendatangkan kebaikan kepada individu dan masyrakat seperti permainan yang berfaedah, memanah dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan hukum syarak. Hiburan yang diterima baik dan rasional pada manusia.

Sunday, 4 August 2013

Rasulullah menyukai iaitu mendahulukan sebelah kanan bagi semua urusan baginda, ketika bersuci, ketika menyisir rambut dan ketika memakai sepatu.